Budaya kelab Selangor_FC

Logo dan warna

Logo Selangor FA berbentuk perisai, manakala lambang pada bahagian atas diperolehi daripada Bendera dan jata negeri Selangor. Warna pada logo tersebut merupakan warna utama negeri Selangor yang melambangkan Keberanian untuk warna merah dan Kedaulatan untuk warna kuning.[4]

  • Selangor FA 1936–kini

Pengeluar Kit

Sejak 1970-an, kit pasukan Selangor telah dikeluarkan oleh banyak syarikat termasuklah Admiral, Puma, Adidas, Lotto dan Kappa. Untuk musim 2019, kit rasmi Selangor FA telah dikeluarkan oleh Joma [en].

TempohPengeluar kit
1975–1979 Admiral Sportswear [en]
1980 Diadora
1981–1987 Puma
1988–1990 Adidas
1991 Mizuno
1992 Puma
1993–2001 Lotto
2002 Adidas
2003–2004 Kronos
2005–2010 Adidas
2011–2015 Kappa
2016–2018 Lotto
2019–2021 Joma [en]

Penaja Kewangan

Sejak 1985, pasukan Selangor telah ditaja oleh banyak syarikat termasuklah Dunhill, EON, Celcom, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Telekom Malaysia (TM) dan Menteri Besar Incorporated (MBI). Pada 2014 hingga 2017, kit / jersi pasukan Selangor telah ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah nama enam syarikat milik kerajaan.[5] Syarikat yang paling lama menaja pasukan Selangor dalam sejarah ialah Dunhill bermula daripada tahun 1985 sehingga tahun 2004. Syarikat Dunhill telah menaja kesemua kelab di Malaysia ketika itu sebelum diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia demi mengurangkan populariti budaya menghisap rokok dan tembakau di Malaysia.[6]

TempohPenaja Kewangan
1985–04 Dunhill
1989–93 EON
1998 Courts
2004 Talam
2005 Celcom
2005–06 Gapurna
2006–08 SYABAS
2006–10 Telekom Malaysia
2009–10 Kumpulan Darul Ehsan Berhad
2011–13 Menteri Besar Incorporated
2013 Datum Corp International
2014–17 Kerajaan Negeri Selangor
2018 redONE
CRRC
2019 Kerajaan Negeri Selangor
2019–20 VIZIONE
2020 PKNS
SugarBomb
Digi
ANF Logistics
Menteri Besar Incorporated